Tuesday, 25 June 2013

BAGAIMANA MENGIRA ANGGARAN KOS UNTUK MEMBINA RUMAH

SOALAN PERTAMA DALAM MINDA KITA APABILA MENYEBUT TENTANG

 "BINA RUMAH"


-sebut saja pasal nk bina rumah, persoalan yang mula-mula timbul pada minda kita ialah:-
-Berapa duit yang perlu ada untuk membina rumah?
-Tanah kena berapa besar kalau nak bina banglo 40X40? Kalo 60X40?
-Ada tanah 60x100, berapa banglo paling besar boleh buat (dan berapa kosnya)?
-Nak bina banglo setingkat 1700sqft berapa?
-Nak bina banglo dua tingkat 2000sqft berapa pulak?
-Elok bina setingkat ke atau elok 2 tingkat?

Ini lah soalan-soalan yang selalu kita takut-takutkan.. Bagi mereka yang tidak mahu explore, jalan ringkas ialah beli rumah siap, sedangkan dengan jumlah yg sama, dan dengan sedikit kompromi, rumah yg dapat adalah jauh lebih selesa.




CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima (5) cara yang masih digunakan untuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan:
1. Isi padu bangunan (cubic content)
2. Luas lantai bangunan (floor area)
3. Penilaian unit (unit valuation)
4. Kuantiti nilaian hampir (approximate quantities)
5. Senarai kuantiti (bill of quantities)

Cara yang paling mudah dan lazim digunakan untuk membuat anggaran secara kasar bagi kos pembinaan sesebuah rumah ialah dengan menggunakan cara luas lantai rumah tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah rumah itu dengan mendarabkan ukuran panjang bangunan tersebut dengan lebarnya. Ukuran panjang dan lebar rumah itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya
Untuk mendapatkan harga anggaran bagi rumah tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi (mp) atau satu kaki persegi (kp) rumah yang lain di mana cara pembinaan dan rekabentuk rumah tersebut adalah sama seperti rumah yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Katakan, dari pengalaman di masa lampau. Harga bagi satu kaki persegi sebuah rumah yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk adalah RM100.00, maka anggaran kos pembinaan bagi rumah yang mempunyai keluasan lantai 1900 kp adalah 100.00 x 1900 = RM190,000.00 
Selain dari harga luas lantai rumah, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan rumah tersebut seperti parit/longkang, jalan, pagar/tembok, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai bangunan tersebut.

PANDUAN MUDAH MENGIRA ANGGARAN KOS 

MEMBINA RUMAH IDAMAN ANDA klik disini
Title: BAGAIMANA MENGIRA ANGGARAN KOS UNTUK MEMBINA RUMAH; Written by MasterView; Rating: 5 dari 5

No comments:

Post a Comment

ARCHITECTURE SLIDE SHOW

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...